Wednesday, 13 March 2019

[8 makanan yang membunuh sperma lelaki] - Part 1


Hari ni anne nak share mengenai 8 makanan yang boleh membunuh sperma lelaki. Elakkan/ kurangkan makanan ini jika nak anak ye.
.
1) Daging yang diproses
.
Daging yang diproses seperti bacon, sosej, dan ham mempunyai banyak bahan pengawet yang boleh menjejaskan kualiti sperma si suami.
.
Sesetengah daging yang diproses ini juga mengandungi lebih banyak hormon daripada daging biasa, sehingga boleh menjejaskan tahap testosteronnya.
.
2) Organ dalaman haiwan (jantung, hati, bedal)
.
Sedap kan jika dimasak atau dipanggang? Akan tetapi kiraan sperma si suami boleh terjejas kerana kandungan mineral kadmiumnya yang tinggi di dalam setiap hidangan daging organ ini.
.
Jadi seeloknya elakkan makan organ dalaman haiwan demi sperma berkualiti.
.
3) Produk berunsurkan kacang soya
.
Air soya sememangnya pilihan yang sihat dan enak. Lagi2 apabila disejukkan. Tetapi mohon kurangkan makanan yang mengandungi soya jika anda sedang merancang untuk anak.
.
Soya juga boleh boleh meningkatkan hormon estrogen dan menyebabkan kiraan sperma yang lebih rendah.
.
4) Alkohol
.
Penggemar minum bir patut baca ini. Bir boleh meningkatkan hormon estrogen dalam badan jika diminum dalam kuantiti yang banyak.
.
Peningkatan hormon estrogen di dalam badan kemudian akan mengurangkan jumlah sperma si suami.
.
Selain itu, minuman beralkohol juga boleh memberi kesan kepada hati dan kesihatan, jadi kalau boleh elakkan sama sekali!
.
Selebihnya kita sambung dilain entry ya..😊
.
Oh ya jika ingin dibantu ada pertanyaan boleh whatsapp 01128627618 anne.

No comments:

Post a Comment