Sambungan dari entri semalam, hari ni anne nak share mengenai 4 lg makanan yang boleh membunuh sperma lelaki. Elakkan/ kurangkan makanan ini jika nak anak ye.
.
5] Gula-gula, makanan dan minuman manis
.
Bila suami selalu mengambil makanan yang bergula, ia bukan hanya akan meninggikan risiko obesiti, malah ia juga boleh menyebabkan masalah jantung. Apabila ini terjadi, ia akan menurunkan kuantiti dan kualiti sperma anda!
.
Jangan lupa, nasi putih juga mengandungi kandungan gula tersembunyi yang banyak. Nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan ini boleh menaikkan kadar gula dalam darah. Air bikarbonat juga air yang terlalu banyak gula yang perlu dielakkan.
.
6] Makanan dalam tin
.
Wah, sardin sememangnya sangat sedap kn? Apatah lagi jika ia mudah dimasak dan menjimatkan masa. Akan tetapi, kualiti sperma si suami boleh terjejas akibat bahan kimia.
.
Tahukah anda yang bahagian dalam tin makanan itu sendiri diselaputi dengan BPA, sejenis bahan kimia yang boleh memberi kesan yang sama seperti estrogen?
.
Kajian sudah menunjukkan yang BPA boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang tak kisah lelaki atau wanita.
.
7] Susu penuh krim dan produk tenusu.
.
Bahan kimia dan racun perosak dari pemakanan seekor lembu boleh bergabung dengan lemak di dalam badan lalu masuk ke dalam susunya.
.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan sperma yang rendah kualiti.
Oleh itu, si suami patut kurangkan produk tenusu jika merancang untuk mendapatkan anak.
.
8] Buah dan sayur yang ada racun perosak dan pengawet.
.
Sayur dan buah-buahan disembur racun perosak dan bahan pengawet supaya tahan lebih lama dan bebas serangga. Tetapi, ia beri kesan buruk pada tubuh badan.
.
Lebih-lebih lagi kalau pekebun menggunakan bahan kimia yang tidak diluluskan untuk keuntungan sendiri. Sesetengah racun perosak telah menyebabkan kemandulan pada lelaki.
.
Seeloknya tukar kepada pengambilan sayur dan buah-buahan organik atau pastikan ia dicuci dengan betul2 bersih sebelum dimasak dan dimakan.
.
Demi kesihatan dan kesejahteraan, amalkan pemakanan yang sederhana tetapi kurangkan makanan yang betul-betul boleh memudaratkan kesihatan seperti minuman manis dan makanan yang diproses.
.
Oh ya, ingin dibantu atau mempunyai soalan mengenai masalah kelamin? Boleh whatsapp 01128627618 anne.
Ditulis oleh Anne (01128627618), Master Stokis Johor Bahru. Klik 'HOME' untuk baca FULL INFO.
Wednesday, 13 March 2019
[8 makanan yang membunuh sperma lelaki] - Part 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment